PROJEK ACE MENCAPAI KEWUJUDAN BERSAMA GAJAH

Gabungan bersama di antara pihak-pihak berkepentingan dari sektor pertanian dan konservasi gajah liar, untuk mengurus konflik manusia-gajah dengan bertanggung-jawab dan mewujudkan laluan selamat untuk pergerakan gajah-gajah liar di peringkat landskap.

PROJEK SEKILAS PANDANG

1 +

Analisa data pergerakan GPS gajah liar

0

Estet Terlibat

9 0 +

Bilangan orang yang tinggal di estet yang mengalami konflik

2 +

Koridor Hidupan Liar Berpotensi Yang Dicadangkan

Ringkasan Projek

Konflik manusia-gajah adalah salah satu ancaman utama untuk populasi-populasi gajah Asia di dunia, dan isu ini memerlukan pendekatan secara menyeluruh bagi mengubah konflik kepada kewujudan bersama. Projek Achieving Coexistence with Elephants (ACE) dilancarkan untuk mencapai kewujudan bersama dengan gajah liar di bahagian selatan Semenanjung Malaysia, melibatkan ladang-ladang di negeri Johor. Projek ini disokong oleh Jabatan Perhilitan dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, dan menyumbang kepada Pelan Tindakan Konservasi Gajah Kebangsaan dan Pelan Induk Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS). Projek kewujudan bersama manusia-gajah ini adalah di antara yang ulung kali dijalankan di Semenanjung Malaysia yang melibatkan pendekatan secara landskap yang luas dan melibatkan kerjasama daripada pelbagai agensi.

RAKAN PROJEK

Semua pihak berkepentingan memainkan peranan penting dalam menyokong usaha pemuliharaan kami dan menjadi sebahagian daripada penyelesaian.