MEME Modul 1 Pelajaran 1 (Percuma) – Bahasa Melayu

MEME Modul 1 Pelajaran 1 (Percuma) – Bahasa Melayu

Current Status

Not Enrolled

Price

Free

Get Started

Sertai Arif dan Little Ele dalam pengembaraan interaktif merentasi hutan-hutan dan ladang-ladang Malaysia. Dalam pengembaraan ini, anda akan mempelajari sejarah dan salasilah keluarga gajah, cabaran-cabaran yang mereka hadapi hari ini, dan kepentingan kehidupan bersama harmoni dengan gajah.

Dalam pelajaran ini, anda akan mempelajari::
1. Sejarah evolusi, spesies, dan taburan gajah Asia, khususnya di Malaysia.

2. Ancaman-ancaman utama yang dihadapi oleh gajah Asia, termasuk kehilangan dan fragmentasi habitat, dan konflik antara manusia dan gajah.

3. Punca dan kesan-kesan konflik manusia-gajah terhadap kedua-dua pihak.

4. Pendekatan praktikal ke arah kewujudan bersama melalui contoh dunia sebenar dan inisiatif kolaboratif.

Sebelum memulakan pelajaran, semua peserta dikehendaki untuk melengkapkan Borang Persetujuan Peserta dan Penilaian Awal Pelajaran 1. Anda juga akan diberi peluang untuk menyatakan sama ada anda ingin menyertai kajian kami berkenaan modul ini melalui borang tersebut.

Penyediaan pelajaran ini disokong oleh Yayasan Sime Darby dan University of Nottingham Malaysia. Projek ini menjadi lebih bermakna kerana ia merupakan sebahagian daripada inisiatif Belanjawan MADANI 2025 oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Course Content

Modul 1
Borang Persetujuan Peserta
Akses ke Pelajaran 1 1 Quiz
Pelajaran 1
Penilaian Awal Pelajaran 1 1 Quiz
Pembelajaran 1: Memahami Konflik Manusia-Gajah
Penilaian Akhir Pelajaran 1 1 Quiz